13 Panduan Memilih Penapis Air Untuk Kediaman Anda








Kesedaran umum semakin meningkat tentang betapa pentingnya sumber minuman air yang bersih kini, dimana mereka sedar akan kemudaratan yang akan menimpa jika kerap minum air yang tidak bersih yang mengandugi pelbagai bakteria, logam dan karat. Jadi solusi mereka adalah dengan mengunakan penapis air untuk mendapatkan air yang bersih dan berkualiti.

di bawah ini Shaz kongsikan kepada semua 13 Tips Untuk Memilih Penapis Air. Gunakan tips ini sebagai panduan sebelum anda membuat keputusan memilih penapis air pertama anda supaya tidak menyesal.


TIPS 1: KUALITI AIR YANG DIHASILKAN.

Kebanyakan penapis air dipasaran memfocuskan kepada beberapa kualiti airyang dihasilkan melalui penapis air mereka. Antaranya adalah :

1.Mineral : Air yang ditapis mengandungi Mineral yang baik untuk tubuh badan.

2.Alkali : Air ditapis mempunyai kandunan alkali. Kajian menunjukan bahawa air beralkali adalah bagus untuk tubuh, namun jika mempunyi kandungan alkali yang berlebihan ianya mendatangkan mudarat. Lihat kandungan alkali yang dihasilkan penapis air tersebut melalui bacaan ph. Jika terlalu tinggi sila lupakan saja untuk mendapatkan penapis air tersebut.

3.Reverse Osmosis (RO) : Air yang ditapis adalah bersih tanpa kandungan Mineral. Air RO sesuai untuk penghidap penyakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialysis.


TIPS 2: MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

Dengan kebanjiran penapis air dipasaran, kadang-kadang kita terlupa untuk emastikan bahawapenapis air tersebut diiktiraf atau tidak. Pastikan penapis air tersebut mendapat pengiktirafan dari  agensi seperti WQA, SIRIM dan lain-lain yang dipercayai.


TIPS 3: CARA PEMBAYARAN DITAWARKAN

Antara cara pembayaran yang selalu ditawarkan oleh syarikat yang membekalkan penapis air adalah seperti berikut:

1. Cash /Outright : Pembelian secara Tunai. Kelebihannya anda akan mendapat hak milik terus untuk penapis air tersebut, dan juga selalunya anda akan medapat pelbagai Free Gift dan tawaran bonus menarik yang lain jika anda membeli secara tunai.

2. Rental : Melalui pembelian secara Rental, anda perlu membyar bayaran yang ditentukan melalui pelan-pelan rental  yang ditawarakn oleh setiap syarikat. Apabila telah tamat kontrak rentalpembayaran dalam masa yang ditetapkan, penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda.

3. Kad Kredit : Jika pembayaran melalui kad kredit, pembayaran adalah sama seperti pembelian secara cash/outright dimana anda akan mendapat hak milik terus untu penapis air tersebut. Pilih pembayaran kad kreditn yang menawarkan 0% intrest untuk mengelakkan pertambahan bayaran untuk intrest/faedah.




TIPS 4 : HARGA PENAPIS AIR

Pelbagai harga penapis air yang terdapat dipasaran. Ada yang terlampau mahal, sederhana dan sangat murah. Kaji setiap perbezaan  antara setiap harga tersebut. Apakah fungsinya, jenis air yang ditawarkan dan kualiti. Kadang kala yang murah tidak semestinya tidak bagus atau yang mahal tidak semestinya terlampau bagus, kerana kadang-kadang hanya gimik sahaja. Sentiasa membuat perbandingan antara penapis air yang ditawarkan. Yang penting adalah kualiti air yang dihasilkan.


TIPS 5 : TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN

Pastikan penapis air yang anda ingin beli mempunyai teknologi yang baik. Ini kerana teknologi mesin yang baik dapat memberi hasil tapisan yang berkualiti dan memastikan mesin lebih ' long lasting'
Sentiasa update dengan teknologi berkaitan system penapis air jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah untuk kediaman anda. Pilih penapis air yang  mepunyai teknologi yang baik dan terbaru, supaya memberikan hasil tapisan air yang lebih berkualiti dan sihat.


TIPS 6 : SISTEM TAPISAN

Sistem tapisan air oleh penapis air dipasaran mempunyai pelbagai jenis, dari yang asas sahaja iaitu hanya menapis kekotoran seperti karat, logam dan lain-lain melalui system tapisan Sediment Filter. Namun ianya tidak menyingkirkan elemen lain seperti bakteria didalam air. Sebagai contoh, sistem tapisan oleh penapis air Cuckoo mempuyai 4 jenis tapisan iaitu Sediment Filter, Pre Carbon Filter,  Natural Filter dan Nano Positive Filter. Setiap sistem tapisannya mempunyai tapisan yang berbeza untuk memastikan air yang ditapis adalah berkualiti.


TIPS 7 : AFTER SALE SERVICE

Tips ini sangat penting untuk anda focus. After sale service teramat penting, jika anda tidak mahu masalah dikemudian hari. Pastikan sebelum anda membuat pilihan penapis air, penapis air tersebut disertakan dengan  after sale services yang bagus dan yang terbaik. Lihat service yang ditawarkan setiap bulan seperti service penukaran filter, penukaran alat ganti jika rosak, tempoh waranti, mudah atau tidak untuk menghubungi pihak customer service dan pelbagai lagi. Tanya kepada Agent anda apakah after sale service yang ditawarkan dan bandingkan.






TIPS 8 : TEMPOH RENTAL

Selaluya tempoh rental yang ditawarkan antara 12 bulan sehingga 60 bulan. Ini untuk memastikan anda dapat menguna penapis air pada kadar yang lebih rendah dan dapat berjimat mengikut bajet anda. Sepanjang tempoh rental, pastikan syarikat pengeluar peapis air tersebut menawarkan services after sale yang bagus.


TIPS 9 : HIDDEN CHARGE

Setiap pembelian secara rental, pasti akan terdapat hidden cost yang kita tidak sedar. Sebagai contoh hidden cost yang sering kita terlepas pandang seperti :-

*Registration Fee
*Processing Fee
*Deposit

Hidden cost ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih. Anda harus bijak mengesan  taktik syarikat-syarikat tersebut. Namun syarikat seperti Cuckoo tidak mengenakan sebarang kos tambahan atau sebarang bayaran tersembunyi apabila anda mendaftar sehinggalah pemasangan selesai.


TIPS 10 : JIMAT ELEKTRIK ATAU TIDAK?

Adakah penapis air tersebut menjimatkan elektrik? Ini penting kerana penapis air memerlukan bekalan elektrik yang berterusan 24 jam 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.  Jika penapis air berkenaan mengunakan tenaga elektrik yang terlalu tinggi, anda dinasihatkan lupakan sahaja penapis air tersebut.
Pilih penapis air yang diperakui menjimatkan elektrik. Sebagai contoh, penapis air Cuckoo menawarkan misin penapis air yang sangat menjimatkan elektrik walaupun mempunyai fungsi air sejuk, panas dan suam. Selain itu untuk pengetahuan anda, misin pemanas air (water heater) biasa yang anda gunakan dirumah mengunakan kuasa  elektrik yang lebih tinggi berbanding penapis air Cuckoo.


TIPS 11 : SAIZ TANGKI

Adakah saiz tangki memainkan peranan? Jawapannya adalah ia.

Namun, bukan satu keperluan untuk mendapatkan penapis air yang mempunyai tangki terlalu besar, kerana air sejuk/panas bukanlah sentiasa dikeluarkan tanpa henti. Bahkan tangki yang terlalu besar juga akan melambatkan proses pemanasan/penyejukan air. Dengan itu kelebihan penapis air Cuckoo kerana saiz tangki airnya yang sederhana. Tangki yang bersaiz serdahana lebih cepat proses pemanasan/penyejukan air. Manakala untuk air bersuhu bilik pula dapat dikeluarkan secara free flow tanpa memerlukan tangki seperti penapis-penapis yang lain.






TIPS 12 : AGENT YANG DIPERCAYAI

Ini juga merupakan tips yang penting. Pilih agent yang berpengalaman dan bertanggungjawab supaya mereka dapat membantu nda memilih penapis air yang sesuai buat anda seisi keluarga. Agent yang berpengalam juga akan dapat membantu andadalam proses pembelian dari A-Z  dan juga khidmat selepas belian supaya mudah jika anda menghadapi sebarang permasalahan dimasa hadapan.


TIPS 13 : AMBIL TAHU TENTANG KONTRAK

Ambil tahu secara serius tentang kontrak dan syarat jika anda ingin membeli secara cash atau rental. Tanyakan kepada agent anda, syarat-syarat lengkap berkaitan kontrak sebelum anda mendapatkan penapis air tersebut.



Kesimpulannya, jadilah pembeli dan pengguna yang bijak. Lakukan kajian terperici dahulu  berkaitan dengan produk yang anda ingin dapatkan. Lakukan perbandingan sehinggalah anda berpuashati dan yakin, supaya anda tidak menyesal dikemudian hari dengan produck atau perkhidmatan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa sahaja berkaitan produk Cuckoo anda boleh menghubungi saya melalui WhatsApp mengunakan number dibawah.

6012 224 1522
6012 224 1522

Comments

Popular posts from this blog